Pengenalan
Inovasi "EZ
Home" dihasilkan khusus untuk memberi pendedahan dan penerangan yang
terperinci tentang adab-adab di dalam rumah menggunakan bahan pembelajaran yang
berbentuk model rumah. Ia mampu menarik minat pelajar terutamanya para pelajar
sekolah rendah yang perlu dipupuk dalam diri mereka tentang adab-adab dan
akhlah Islamiyyah.
Pengajian akhlak dan adab adalah bidang yang agak sukar diingati oleh para
pelajar bagi satu-satu subjek tertentu. “EZ Home” merupakan satu kit
pembelajaran bidang adab bagi tajuk pergaulan dan sunnah-sunnah yang boleh
diamalkan di dalam rumah yang bertunjangkan kepada kaedah pembelajaran abad ke 21.
Ianya menggabungkan dua elemen utama iaitu analog dan digital yang semestinya
memenuhi konsep pembelajaran masa kini. Konsep penggunaan analog diterapkan
dalam inovasi ini adalah bagi menarik minat pelajar dan memudahkan mereka untuk
berinteraksi dengannya. Penggunaan digital pula adalah menerusi sistem “QR
Code” yang disambung terus kepada blog bagi mendapatkan maklumat berkait isi
pembelajaran secara cepat dan mudah tanpa perlu merujuk kepada buku teks dan
buku rujukan lain. Kit yang dihasilkan juga mempunyai grafik, video, animasi
serta bahan konkrit yang menarik. Dengan menggunakan kit ini, murid berupaya
memahami isi pembelajaran mengenai adab pergaulan dalam rumah dan mampu
mengklasifikasikan perbahasan berkaitan adab-adab pergaulan semasa berada di
rumah dengan betul.
Video tentang adab di dalam rumah

Comments
Post a Comment