Adab Di Bilik Air


ADAB KETIKA DI BILIK AIR

Antara adab-adab yang perlu dilakukan ketika di bilik air ialah:

1.     Masuk dengan membaca doa masuk ke bilik air.
 2.     Masuk dengan mendahulukan kaki kiri. Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh kita malah Rasulullah s.a.w sendiri mengamalkan adab ini tatkala melangkah masuk ke bilik air. Selain itu, kita juga perlu menutup kepala dengan menggunakan tuala kecil atas alas an menutup aurat kerana terdapat makhluk lain bersama kita.

3.     Menanggalkan pakaian dengan membaca doa. Sebelum mandi pastikan kita menanggalkan pakaian dengan diselangi doa agar perbuatan yang kita buat itu mendapat pahala dari Nya, selain daripada melindungi diri kita daripada gangguan syaitan yang jahat. Doanya ialah, “Dengan nama Allah yang tiada tuhan melainkan Dia”.

4.     Jangan mandi bogel atau bertelanjang. Kita disarankan untuk menutup badan kita ketika mandi walaupun bersendirian kerana kita semua tidak akan lepas daripada pandangan dan pengetahuan Allah SWT. Lagipun mandi tanpa memakai Seurat benang ini jatuh hukumnya makruh. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang tidak berpisah denganmu kecuali ketika membuang air (kecil atau besar) dan ketika seorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya”.

4Jangan lama-lama. Sebaik sahaja selesai menyucikan diri dan yakin bersih dari segala kekotoran, maka segeralah keluar dari kamar mandi kerana mengikut sumber kesihatan tidak elok kita mandi terlalu lama. Keadaan ini tidak elok pada paru-paru. Kita jugak dilarang menyanyi dan mandi beramai-ramai sambil berborak kerana ia merupakan perkara yang dilarang dalam Islam.

5. Membaca doa kelaur tandas. Seperti mana sebelum masuk ke tandas maka sebelum keluar dari tandas juga ada doanya,


Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan