Inovasi "EZ Home" dihasilkan khusus untuk memberi pendedahan dan penerangan yang terperinci tentang adab-adab di dalam rumah menggunakan bahan pembelajaran yang berbentuk model rumah. Ia mampu menarik minat pelajar terutamanya para pelajar sekolah rendah yang perlu dipupuk dalam diri mereka tentang adab-adab dan akhlah Islamiyyah. Pengajian akhlak dan adab adalah bidang yang agak sukar diingati oleh para pelajar bagi satu-satu subjek tertentu. “EZ Home” merupakan satu kit pembelajaran bidang adab bagi tajuk pergaulan dan sunnah-sunnah yang boleh diamalkan di dalam rumah yang bertunjangkan kepada kaedah pembelajaran abad ke 21. Ianya menggabungkan dua elemen utama iaitu analog dan digital yang semestinya memenuhi konsep pembelajaran masa kini. Konsep penggunaan analog diterapkan dalam inovasi ini adalah bagi menarik minat pelajar dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengannya. Penggunaan digital pula adalah menerusi sistem “QR Code” yang disambung terus k...
Comments
Post a Comment