Adab Tidur
ADAB
TIDUR
Antara sunnah-sunnah Nabi
saw sebelum, ketika dan selepas tidur :
1. Baca doa sebelum tidur dan doa
bangun tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah SWT janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki
arah Qiblat. Kedudukan ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah..? Subhanallah 33 Kali, Alhamdulillah 33 Kali, Allahuakbar 33 Kali.
4. Membaca 3 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. "Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut."
5. Memasang niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah SWT akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Mengambil wudhu' sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Comments
Post a Comment